Puteri Hang Li Po
Pada zaman Kesultanan Melaka, kapal-kapal dari seluruh dunia singgah di pelabuhannya. Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal. Maharaja China ingin mengeratkan persahabatan dengan Melaka. Baginda menghantar puterinya, Hang Li Po, bersama ratusan pengiring. Kapal-kapal mereka sarat dengan hadiah seperti sutera, tembikar dan teh.