Budak dari Telur Gergasi
Pada zaman dahulu, di tepi Sungai Brunei, berlaku satu peristiwa yang menakjubkan. Pada suatu pagi, orang istana menemui sebiji telur yang sangat besar di luar istana. Telur itu lebih besar daripada tempayan dan berbintik-bintik cantik. “Telur apakah ini?” tanya mereka dengan hairan. Tiada siapa yang pernah melihat telur sebesar itu.